Posts

Showing posts from June, 2021

Aku Tanpa CintaMu

Image
Ohohoho... boleh share ikut suka. 

Degil dan Melawanlah

Image
Semasa zaman sekolah dahulu, rakan sekelas suka mengadu. Berkongsi kisah, berkongsi masalah dan meluahkan tidak puashati kepada seseorang. Datang tanpa dipinta, dilayan penuh hormat kerana bagi aku, mereka datang kerana percaya. Saat itu aku akan cuba mendengar, pertamanya kerana menjaga hati mereka yang mengadu, ke duanya terasa macam memang mereka mengharapkan sebuah pandangan atau tempat untuk meluahkan. Biasanya aku hela nafas, cuba berfikiran terbuka dan sebaik mungkin memberi pandangan dan nasihat. Pandangan dan nasihat kena bergantung kepada perwatakan si pengadu dan sebaik-baik penyelesaian. Selalunya aku beri cadangan beberapa pandangan, mereka akan fikir dan buat keputusan sendiri.  Ramai rakan yang kemudiannya datang semula, meluahkan beban mereka sudah berkurangan, masalah sudah selesai dan paling tidak, mereka dapat berfikir lebih rasional daripada sebelumnya. Tidak kurang pula yang mencadangkan aku ambil bahagian kaunseling apabila di universiti nanti. (padahal aku sendir

Cuba KIta Bertahan

Image
Cuti dua hari. Lepas ni kita akan mula dengan cabaran baru.  Pemantau PDPR (Cutilah Sabtu Ahad) Suri rumah sepenuh masa Online Business Nampak sikit tapi sejujur penat mental.  Alhamdulillah, masih lagi mampu mengharungi situasi ini lebih baik berbanding dengan data yang dikeluarkan, beratus orang sudah bunuh diri kerana tekanan mental akibat pandemik ini. Cabaran dari segi kewangan dan pekerjaan menghimpit segala kewarasan. Sahabat,  Dugaan ini datang bukan kira samada kau agama apa, bangsa apa.  Dugaan ini datang bukan mengira kau solat atau tidak solat. Dugaan ini datang bukan kira kau baik atau jahat. Orang solat juga terkesan, orang tidak solat juga terkesan. Tabahlah, kita cuba harungi detik dugaan dan tabah dengan dugaan. Kita cari jalan keluar.  Kadang bukan kita mahu salahkan orang yang tiada jalan keluar, mungkin juga kerana peluang yang tidak kunjung tiba. KIta pelihara iman yang ada, terus usaha, doa dan tawakal.  Aku berdoa, kita semua dapat harungi dugaan hari ini, manis

Today is 24th June 2021 and I'm here. Again?

Image
  Hey!!! I'm here again? What happen to my blog?  Bila masanya saya delete semua posting dalam ni? Tapi setelah diingat-ingatkan semula, iye sayalah yang delete.  Dan zaman blog sudah berlalu, orang semua sudah berpindah ke facebook, instagram, twitter, yadayadayada.... dan pengenalan diri lebih terdedah di sana.  Yes! Saya kembali di sini. Duduk di satu sudut yang tiada siapa mengenali dan saya bebas menjadi diri sendiri. Wow! Rasa nak lompat-lompat, rasa nak guling-guling, rasa nak jalan itik, sebab tak ada orang kenal.  Lepas ni, tak puashati apapun, bebas je nak campak di sini. Seperti karya Khadijah Hashim, Bila dan Di Mana. Petua bagaimana untuk meluahkan dan membuang segala apa yang kita pendam memang saya praktikkan sejak dari membacanya. Sejak Bila? 30 tahun dulu mungkin?  Hallooooooooooo Aku mahu berteriak ikut suka hati aku!!!!  Hey dunia! Aku gembira!