Posts

Showing posts from September, 2021

Aku lima tahun akan datang

Image
  Di mana aku lima tahun akan datang? Jika ini ditanya, mungkin aku akan tersenyum sinis sahaja kepada yang bertanya.  Kenapa perlu aku kongsikan pada kamu? Untuk kau curi di mana aku? Untuk kau ketawakan aku? Untuk apa aku berkongsi masa depan aku dengan kamu? Mungkinkah itu akan bermain di benakku? Iya, apa perlunya berkongsi itu bersama kamu? Itu kemungkinan kenapa aku tidak menjawab pertanyaan itu.  Tapi sebenarnya, aku tidak pernah tahu dan tidak pernah rangka di mana aku lima tahun lagi. Kadang aku perlu tiupkan semangat di hatiku sendiri, aku sering takut bahawa aku tidak sampai walau sekadar hanya untuk hari esok. Wahai diri ini, ambil pen dan cubalah coretkan perancanganmu untuk lima tahun akan datang. Biar kita mampu capai apa yang kita rancang. Jika tidak sejauh itu nyawa kita, kita sudah berusaha. Daripada lima tahun lagi kita ada tetapi kita tetap sahaja seperti saat ini, menaip dan memikirkan kosongnya lima tahun lagi.  Hiduplah wahai jiwa, kerana aku rindu akan semangatm

Waktu Kerja Sebelum Subuh

Image
 Rehat sebentar. 17hb Sept 2021. 04.30am Baru menyiapkan schedule posting untuk 1 page sehingga 30 Sept. Ya Allah... bantu hamba, baru 1 page. Ada 3 page langsung tak usik lagi. Belum masuk dengan instagram lagi. Semoga istikhomah untuk pagi 1 pagi sehingga subuh.  Siang? Untuk anak-anak, untuk rumahtangga, untuk packaging dan pelbagai lagi.  Awal pagi sebelum subuh, waktu bersamaMu dan menyiapkan tugasan. Ya Allah, redhakanlah setiap usaha hamba, turunkan idea kepada hamba, balaslah segalanya ini dengan sales yang meningkat mendadak. Aku berharap hanya pada-Mu Ya Allah. Sekadar melepaskan lelah. Ayuh, mula semula. Hari ini baru daftar Later. Jom kita tengok apa apps ni boleh bantu kita.

Surah Yasin + Surah Ar Rahman + Surah Al Waqiah 7x Bacaan Quran Merdu

Image