Hiruk di media sosial rasa tidak puashati, maki hamun keterlaluan, sindirian, makian, fitnah, apa sahaja yang busuk sudah seperti satu zikir di mulut orang ramai, seolah bertasbihkan keyboard untuk makian. Kalian, mereka sedang bermain politik. Kalian bukannya dalam gelanggang, luar juga bukan. Berhentilah. Kita semua sedang berhadapan dengan wabak yang satu dunia pun sedang berhadapannya. Kita semua menerima ujian yang besar dari-Nya. Satu ujian yang kita tidak pernah jangka, satu ujian terlalu baru untuk kita semua hadapi secara sempurna. Ntah apa nak taip juga. Lemah melihat status-status di fb, twitter yang menyalak ikut angin.
Semasa zaman sekolah dahulu, rakan sekelas suka mengadu. Berkongsi kisah, berkongsi masalah dan meluahkan tidak puashati kepada seseorang. Datang tanpa dipinta, dilayan penuh hormat kerana bagi aku, mereka datang kerana percaya. Saat itu aku akan cuba mendengar, pertamanya kerana menjaga hati mereka yang mengadu, ke duanya terasa macam memang mereka mengharapkan sebuah pandangan atau tempat untuk meluahkan. Biasanya aku hela nafas, cuba berfikiran terbuka dan sebaik mungkin memberi pandangan dan nasihat. Pandangan dan nasihat kena bergantung kepada perwatakan si pengadu dan sebaik-baik penyelesaian. Selalunya aku beri cadangan beberapa pandangan, mereka akan fikir dan buat keputusan sendiri. Ramai rakan yang kemudiannya datang semula, meluahkan beban mereka sudah berkurangan, masalah sudah selesai dan paling tidak, mereka dapat berfikir lebih rasional daripada sebelumnya. Tidak kurang pula yang mencadangkan aku ambil bahagian kaunseling apabila di universiti nanti. (padahal aku sendir
Di mana aku lima tahun akan datang? Jika ini ditanya, mungkin aku akan tersenyum sinis sahaja kepada yang bertanya. Kenapa perlu aku kongsikan pada kamu? Untuk kau curi di mana aku? Untuk kau ketawakan aku? Untuk apa aku berkongsi masa depan aku dengan kamu? Mungkinkah itu akan bermain di benakku? Iya, apa perlunya berkongsi itu bersama kamu? Itu kemungkinan kenapa aku tidak menjawab pertanyaan itu. Tapi sebenarnya, aku tidak pernah tahu dan tidak pernah rangka di mana aku lima tahun lagi. Kadang aku perlu tiupkan semangat di hatiku sendiri, aku sering takut bahawa aku tidak sampai walau sekadar hanya untuk hari esok. Wahai diri ini, ambil pen dan cubalah coretkan perancanganmu untuk lima tahun akan datang. Biar kita mampu capai apa yang kita rancang. Jika tidak sejauh itu nyawa kita, kita sudah berusaha. Daripada lima tahun lagi kita ada tetapi kita tetap sahaja seperti saat ini, menaip dan memikirkan kosongnya lima tahun lagi. Hiduplah wahai jiwa, kerana aku rindu akan semangatm
Comments
Post a Comment