Posts

Tak ada. Titik

Aku :.................... Tuan ada apa-apa soalan? Tuan nak berapa botol? Prospek : Takde Aku :..... Terus dia jawab takde soalan tu kenapa. Tak pernah lagi ada orang jawab macam tu. Aku : Saya bla.. bla... Customer ni datangnya dengan bermacam-macam peel. Seronoknya, setiap hari kita melalui pengalaman yang berbeza, dengan pelbagai cerita.

Aku lima tahun akan datang

Image
  Di mana aku lima tahun akan datang? Jika ini ditanya, mungkin aku akan tersenyum sinis sahaja kepada yang bertanya.  Kenapa perlu aku kongsikan pada kamu? Untuk kau curi di mana aku? Untuk kau ketawakan aku? Untuk apa aku berkongsi masa depan aku dengan kamu? Mungkinkah itu akan bermain di benakku? Iya, apa perlunya berkongsi itu bersama kamu? Itu kemungkinan kenapa aku tidak menjawab pertanyaan itu.  Tapi sebenarnya, aku tidak pernah tahu dan tidak pernah rangka di mana aku lima tahun lagi. Kadang aku perlu tiupkan semangat di hatiku sendiri, aku sering takut bahawa aku tidak sampai walau sekadar hanya untuk hari esok. Wahai diri ini, ambil pen dan cubalah coretkan perancanganmu untuk lima tahun akan datang. Biar kita mampu capai apa yang kita rancang. Jika tidak sejauh itu nyawa kita, kita sudah berusaha. Daripada lima tahun lagi kita ada tetapi kita tetap sahaja seperti saat ini, menaip dan memikirkan kosongnya lima tahun lagi.  Hiduplah wahai jiwa, kerana aku rindu akan semangatm

Waktu Kerja Sebelum Subuh

Image
 Rehat sebentar. 17hb Sept 2021. 04.30am Baru menyiapkan schedule posting untuk 1 page sehingga 30 Sept. Ya Allah... bantu hamba, baru 1 page. Ada 3 page langsung tak usik lagi. Belum masuk dengan instagram lagi. Semoga istikhomah untuk pagi 1 pagi sehingga subuh.  Siang? Untuk anak-anak, untuk rumahtangga, untuk packaging dan pelbagai lagi.  Awal pagi sebelum subuh, waktu bersamaMu dan menyiapkan tugasan. Ya Allah, redhakanlah setiap usaha hamba, turunkan idea kepada hamba, balaslah segalanya ini dengan sales yang meningkat mendadak. Aku berharap hanya pada-Mu Ya Allah. Sekadar melepaskan lelah. Ayuh, mula semula. Hari ini baru daftar Later. Jom kita tengok apa apps ni boleh bantu kita.

Surah Yasin + Surah Ar Rahman + Surah Al Waqiah 7x Bacaan Quran Merdu

Image

Seventeen - Kemarin (Official Music Video)

Image
Tak pernah dengar lagu ini tapi tengah mengemas bilik stor, pasang youtube. Terdengarlah lagu ni. Save sini dulu. Nanti kita dengar lagi. Dua hari mengemas stor atas. Kalau sebulan buat kerja ni, confirm boleh kurus. Lencun macam bersauna weh. Dengan angkat lagi.  Macamana boleh buat kerja ni?  Apa lagi... belasah ubat tahan sakitlah. Rasanya tulang belakang ni ada problem semula. Tapi sekarang bukan waktu yang sesuai nak ke hospital. Nanti bila wabak ini dah clear, dah selamat di luar, InsyaAllah kita belai badan. Okeh! Jumpa lagi. Kemas stor!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Buangkan Busuk itu Ke Lubang Tandas

Image
Hiruk di media sosial rasa tidak puashati, maki hamun keterlaluan, sindirian, makian, fitnah, apa sahaja yang busuk sudah seperti satu zikir di mulut orang ramai, seolah bertasbihkan keyboard untuk makian. Kalian, mereka sedang bermain politik. Kalian bukannya dalam gelanggang, luar juga bukan. Berhentilah.  Kita semua sedang berhadapan dengan wabak yang satu dunia pun sedang berhadapannya. Kita semua menerima ujian yang besar dari-Nya. Satu ujian yang kita tidak pernah jangka, satu ujian terlalu baru untuk kita semua hadapi secara sempurna. Ntah apa nak taip juga. Lemah melihat status-status di fb, twitter yang menyalak ikut angin.   

Busy Week

Image
  Wow! Busy week.  Dah seminggu dah kot tak melepak tengok korean movie, tengok action movie.  Stok sampai, dalam masa yang sama kawasan jadi PKPD. Wow! Dulu memang request kat kilang tak payah shrink sebab kilang shrink tak lawa. Maka sanggup hantar ke kilang lain untuk shrink. Sebab PKPD maka kilang tak boleh beroperasi. Arrgh sudah! Stok di tangan memang dah tak bernyawa, nak tak nak memang kena keluarkan juga stok. Maka dengan penuh tanggungjawab kami anak beranak shrink sendiri produk. Shrink je pun tapi bila buat manual dengan beribu unit. Ini benar-benar dugaan! ALhamdulillah Encik Suami sudi kerja lebih masa. Malam tadi contohnya.... saya dah tidur dah pun. Penat menghadap kerja-kerja yang cerewet, anak-anak pun dah angkat tangan, dia yang teruskan sampai habis kotak yang dibuka. Siap susun masuk semula dalam kotak. Eheheh... kita dera dia! Dalam masa yang sama, nak jadi ceritalah, sakit gigi pula. Dalam masa yang sama, anak-anak PDPR. Dalam masa yang sama, kena hubungi semua s