Degil dan Melawanlah

Semasa zaman sekolah dahulu, rakan sekelas suka mengadu. Berkongsi kisah, berkongsi masalah dan meluahkan tidak puashati kepada seseorang. Datang tanpa dipinta, dilayan penuh hormat kerana bagi aku, mereka datang kerana percaya.

Saat itu aku akan cuba mendengar, pertamanya kerana menjaga hati mereka yang mengadu, ke duanya terasa macam memang mereka mengharapkan sebuah pandangan atau tempat untuk meluahkan. Biasanya aku hela nafas, cuba berfikiran terbuka dan sebaik mungkin memberi pandangan dan nasihat.

Pandangan dan nasihat kena bergantung kepada perwatakan si pengadu dan sebaik-baik penyelesaian. Selalunya aku beri cadangan beberapa pandangan, mereka akan fikir dan buat keputusan sendiri. 

Ramai rakan yang kemudiannya datang semula, meluahkan beban mereka sudah berkurangan, masalah sudah selesai dan paling tidak, mereka dapat berfikir lebih rasional daripada sebelumnya. Tidak kurang pula yang mencadangkan aku ambil bahagian kaunseling apabila di universiti nanti. (padahal aku sendiri pernah masuk bilik kaunseling semasa di Tingkatan 3)

Tapi keadaan berbeza apabila aku sendiri sudah melalui banyak fasa menuju dewasa. Memasuki kelas bulan madu (Tingkatan 4 dipanggil kelas bulan madu pada zaman itu); melalui zaman struggle apabila berjuang sebulan setengah untuk dapatkan yang terbaik untuk SPM; memasuki zaman berpisah dengan ibubapa ketika menjejaki alam universiti; memasuki zaman jatuh cinta dan kecewa; alam pekerjaan, zaman menyara diri sendiri dan sebagainya. 

Pada ketika ini, aku sudah merasai apa yang aku sendiri lalui. Aku sudah nampak bagaimana dunia, sudah jelas bagaimana kejamnya kehidupan, sudah rasa bagaimana rasanya kecewa, sudah jelas salah dan silap. 

Yang datang depan mata kita pada waktu ini adalah orang yang terdekat. Orang yang rapat dengan kita, ahli keluarga kita. Sudah pasti dengan mereka ini, ada perasaan ambil berat selain ingin mendengar, ada perasaan sayang dan risau selain menasihati.

Dalam tidak sedar, sifat 'kaunselor' itu hilang ditelan waktu. Ayat aku jadi lebih tegas ketika berhadapan dengan mereka ini. Kerana aku mahu mereka tidak melalui pintu yang salah. Berbeza dengan rakan yang sebelum ini datang, rasa tanggungjawab itu tidak terlalu besar.

Sehingga suatu hari aku menyedari satu hal. Ada ahli keluarga yang berubah sikap. Tapi aku biarkan sahaja kerana tiada yang salah aku lakukan. Malah dia cenderung menyalahkan semua orang dalam keluarga. Sepertinya kami tidak peduli sedangkan kami amat peduli tentangnya. Akhirnya satu waktu aku tahu dia mengalami depression. Aku tidak boleh hadam. Apa yang aku nampak, dia yang menyisihkan dirinya dari semua orang. Kenapa perlu dia bertindak 'bodoh'. Tarik perhatian? Atau apa?

Akhirnya aku membaca dan membaca cara menghadapi orang yang depression. Sangat kritikal dan mulai saat itu, aku sudah berhenti menasihati sesiapa. Tutup terus mulut walaupun diminta. Bukan kerana apa, aku tidak mahu salah bicara.

Suatu hari, aku dikunjungi seorang 'kakak' yang rapat dengan aku. Dia kehilangan segalanya (bagi dirinya) dari segi pekerjaaan, ditipu kewangan dan perceraian. Bagi kali cuba bunuh diri tetapi masih tersedar. Semasa berjumpa denganku, keadaan sudah agak pulih. Katanya dia masuk group online dan penceramah bagi mereka sesama mereka enjoy perbualan. Lama-lama dia semakin positif.

"Boleh saya tahu, bagaimana sebenarnya ayat yang boleh 'down'kan orang yang sedang depression? Bagaiaman pula ayat yang sepatutnya? Sebabnya saya pernah baca satu posting, ayat yang biasa kita nasihatkan orang depression sebenarnya membuatkan mereka down lagi. Saya akhirnya ambil keputusan, siapa sahaja yang datang, saya hanya dengar. Tak cakap apa-apa kerana saya takut 'melukakan'"

Itu jujur dari hati aku. 

Contoh :
Kita cakap, wah bestnya dia banyak sales sampai sejuta dalam masa sebulan. Nak jugaklah!
Orang lain jangan cakap : Dia bolehlah sebab agen dia je ada 10k bawah dia. Kita baru lagi, mana nak cari macam tu dalam masa sebulan (Logiknya betul. Jika modal pun seratus, macamana kita nak terus boost sejuta dalam masa yang sekejap. Tidak mustahil tapi memerlukan masa jika bisnes yang memerlukan modal sendiri yang berupa wang tunai)
Tapi orang kena cakap : Jom kita buat sama-sama (macamana nak cakap begitu jika kita tak buat kerja dia? kerjasama dia?)

Dia cakap rasa downnya sangat-sangat down sehingga dia tak mahu lagi dengar perkongsian orang lain, tak mahu usaha buat.

Bagi aku, mereka ini memberontak dengan jawapan orang lain tetapi rosakkan diri sendiri. Terlalu sensitif. 

Jadi untuk mengelakkan orang yang rapat dengan aku 'terkesan' dengan aku; orang yang tidak tahu psikologi, berdiam diri adalah lebih baik. Mungkin ada fasa-fasa tertentu untuk mereka sebelum bawa mereka keluar pada kenyataan. Tidak boleh terus beritahu kenyataannya begini, orang yang membimbing mungkin perlu terus bermain-main dengan emosi mereka, sedikit demi sedikit sehingga bawa mereka keluar bertemu dunia nyata. Jadi membimbing mereka yang depression bukan kerja semua orang. Hanya yang layak dan tahu. Keduanya, orang yang sabar. Bukan aku.

Dunia ini kejam, bukan sekadar mengikut rangka yang kita coretkan di atas kertas putih. Merancang itu perlu, usaha itu perlu, doa itu perlu, tawakal itu perlu.  Nampak sedikit, merancang, usaha, doa, tawakal. Tetapi ada banyak liku untuk kita betul-betul sampai. 
Cekal dan 'degil' itu perlu.

Melawanlah, hidup ini perlu begitu.


Comments

Popular posts from this blog

Buangkan Busuk itu Ke Lubang Tandas

Aku lima tahun akan datang