Cuba KIta Bertahan


Cuti dua hari. Lepas ni kita akan mula dengan cabaran baru. 
Pemantau PDPR (Cutilah Sabtu Ahad)
Suri rumah sepenuh masa
Online Business

Nampak sikit tapi sejujur penat mental. 
Alhamdulillah, masih lagi mampu mengharungi situasi ini lebih baik berbanding dengan data yang dikeluarkan, beratus orang sudah bunuh diri kerana tekanan mental akibat pandemik ini. Cabaran dari segi kewangan dan pekerjaan menghimpit segala kewarasan.

Sahabat, 
Dugaan ini datang bukan kira samada kau agama apa, bangsa apa. 
Dugaan ini datang bukan mengira kau solat atau tidak solat.
Dugaan ini datang bukan kira kau baik atau jahat.

Orang solat juga terkesan, orang tidak solat juga terkesan. Tabahlah, kita cuba harungi detik dugaan dan tabah dengan dugaan. Kita cari jalan keluar. 
Kadang bukan kita mahu salahkan orang yang tiada jalan keluar, mungkin juga kerana peluang yang tidak kunjung tiba. KIta pelihara iman yang ada, terus usaha, doa dan tawakal. 

Aku berdoa, kita semua dapat harungi dugaan hari ini, manis pada waktu mendatang. 
Tapi ingatlah sahabat, pada waktu akan datang, jangan pernah lupa yang kita semua pernah lalui hari ini. Jangan kita lupa menghulur bantuan kepada yang masih terkesan. Sekali kita di bawah, jangan lupa sakitnya waktu itu. Sewaktu kita di atas, bukan waktunya kita mendabik dada, tetapi itulah waktunya kita untuk kita bantu yang di bawah.

Susah? 
Aku rasa aku tidak pernah susah dari kecil. Paling pun hanya memendam rasa kerana apa yang kita mahu masih belum ditunaikan. Apabila sampai waktu, aku sudah tidak mahu apa yang aku inginkan. Untuk merasa lapar, semasa ada ibubapa, seingat aku, tidak pernah.

Namun saat kena berdiri sendiri, mengharungi hidup sendiri, Iya, aku pernah lapar. Aku seringkali menahan apa yang aku mahu. Aku dahulukan apa yang perlu sedangkan apa yang aku mahu letaknya akhir sekali. 

Yang penting, kita terima apa sahaja perubahan. Mungkin situasi kita tidak sama. Dugaan aku saat berdiri sendiri, dugaan kalian ketika pandemik ini. Pasti dugaan kalian sangat berat sehingga melampaui pertimbangan. Doaku dari kejauhan, semoga kita semua dapat harungi waktu susah kita dan sama-sama kita kembali senyum saat kita sudah siap mengharungi semua ini.

Jangan menyerah sahabat!

Comments

Popular posts from this blog

Buangkan Busuk itu Ke Lubang Tandas

Degil dan Melawanlah

Aku lima tahun akan datang