Aku lima tahun akan datang


 

Di mana aku lima tahun akan datang?

Jika ini ditanya, mungkin aku akan tersenyum sinis sahaja kepada yang bertanya. 

Kenapa perlu aku kongsikan pada kamu?

Untuk kau curi di mana aku?

Untuk kau ketawakan aku?

Untuk apa aku berkongsi masa depan aku dengan kamu?

Mungkinkah itu akan bermain di benakku?

Iya, apa perlunya berkongsi itu bersama kamu?

Itu kemungkinan kenapa aku tidak menjawab pertanyaan itu. 

Tapi sebenarnya, aku tidak pernah tahu dan tidak pernah rangka di mana aku lima tahun lagi.

Kadang aku perlu tiupkan semangat di hatiku sendiri, aku sering takut bahawa aku tidak sampai walau sekadar hanya untuk hari esok.

Wahai diri ini, ambil pen dan cubalah coretkan perancanganmu untuk lima tahun akan datang. Biar kita mampu capai apa yang kita rancang. Jika tidak sejauh itu nyawa kita, kita sudah berusaha. Daripada lima tahun lagi kita ada tetapi kita tetap sahaja seperti saat ini, menaip dan memikirkan kosongnya lima tahun lagi. 

Hiduplah wahai jiwa, kerana aku rindu akan semangatmu yang dulu

Comments

Popular posts from this blog

Buangkan Busuk itu Ke Lubang Tandas

Degil dan Melawanlah